Sale!

Ya Allah Pilihlah Mereka

RM59.00

Ya Allah, Pilihlah Mereka adalah sebuah catatan hati seorang ibu tentang keberanian melangkah ke dalam pengembaraan jihad mendidik anak-anak dengan Al-Quran.

Buku ini ditujukan khusus buat ibu bapa yang sedang mencari kekuatan untuk bermula. Buat mereka yang hatinya sering disapa resah dan persoalan. Takut anak-anak tidak seiring dengan arus perdana. Takut mereka kelihatan ketinggalan. Takut keputusan memilih jalan Al-Quran menjadi beban, bukan jalan.

Namun penulis menemukan satu hakikat yang menenangkan jiwa: apabila kita berjalan menuju Allah, Allah berlari menyambut kita.
Melalui buku ini, penulis berkongsi langkah demi langkah perjalanan yang tidak pernah sunyi daripada ujian, tetapi sentiasa disulam dengan anugerah. Dari langkah pertama yang penuh ragu, sehinggalah keenam-enam anak berada dalam landasan Al-Quran.

Puteri sulung kini bertugas di Masjid Tokyo. Empat anak telah berjaya mengkhatamkan hafazan 30 juz. Tiga memperoleh sanad bacaan. Dua menerima sanad hafazan.

Tiga melangkah hingga ke syahadah. Dan si bongsu masih setia meneruskan hafazannya, dengan doa yang tidak pernah putus.
Buku ini bukan sebuah kisah kesempurnaan, tetapi kisah kebergantungan. Tentang jatuh bangun, air mata, doa yang panjang, dan keyakinan bahawa Al-Quran tidak pernah mengecewakan sesiapa yang benar-benar memeluknya.

Semoga buku ini menjadi manfaat buat yang membaca, menjadi teman kepada ibu bapa yang sedang bermula, dan menjadi asbab amal jariah buat penulis dan seluruh keluarganya.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ya Allah Pilihlah Mereka”

Your email address will not be published. Required fields are marked *