About Us

DUSUN EXOTHICK

Dusun ExoThick merupakan Dusun Warisan. Hasil usaha titik peluh Tuan Haji Muhammad Shariff Bin Salleh. Lahir pada tahun 1911, merupakan seorang pendidik pada zaman pemerintahan British.

Beliau mengajar dalam subjek Pertanian, Seni Ukiran, Seni Meniup Kaca dan Anyaman. Tidak hairanlah Dusun ExoThick yang beliau jayakan mempunyai banyak dari jenis benih Durian yang bermutu tinggi dan penanaman pokok adalah dari biji benih yang dipanggil Pokok Saka.

Durian saka ialah pokok yang ditanam menggunakan biji, seterusnya tumbuh, membesar sampai mengeluarkan buah. Tidak kiralah apa bakanya, tetapi tak ramai yang sanggup menanam Pokok Saka kerana ianya lambat berbuah 7-10 tahun.

Namun tetapi ia mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan jangka hayat yang panjang dan melebihi 100 tahun.

Pada kebiasaannya semakin lama umurnya, bertambah hebat rasa dan kualitinya. Pada peringkat ini buah yang dihasilkan adalah buah yg betul-betul sedap dan baik.

Alhamdulillah anak cucu Tuan Haji Muhammad Shariff Bin Salleh mula menyedari Khazanah yang ditinggalkan oleh Aki mereka dan mula menjalankan R & D untuk menyambung perjuangan beliau.

Kami pewaris Dusun ExoThick yang sudah berusia 100 tahun lebih ingin meneruskan Legasi Tuan Haji Muhammad Shariff dengan menjaga kesemua Pokok di Dusun ExoThick secara Organic kerana bukan sahaja Pokok buahnya yang berkualiti tinggi tetapi struktur muka buminya yang berbukit, berbatu dan bermineral tinggi juga menyumbang kepada Kualiti buah yang dihasilkan Di Dusun ExoThick.

Dusun ExoThick kini ingin berkongsi dengan peminat Durian yang ingin menikmati Durian yang PREMIUM | ORGANIC | RARE | LIMITED