(Pre Order) Durian Golden Ridge Premium Box (5kg/Box)
RM90.00 – RM275.00
Durian Rabung Emas ini adalah varieti yang Premium | Organic | Rare | Limited kerana sukar ditemui, kualiti buah yang sangat baik kerana dihasilkan oleh pokok tua yang berusia 70 tahun.
Ciri bentuk mukabumi yang berbukit dan berbatu serta tanah yang subur dan bermineral tinggi.
Juga ditanam dari biji benih yang terpilih oleh Muhammad Shariff Bin Salleh.
Kami menjamin kualiti Durian Rabung Emas ini.
Golden Ridge atau dalam Bahasa Malaysianya disebut Rabung Emas, mungkin ini kali pertama anda baca varieti Durian ini.
Bermulanya apabila kami mula mengusahakan kembali warisan Dusun ExoThick ini daripada Muhammad Shariff Bin Salleh.
Beliau telah mengusahakannya 70 tahun yang lalu. Kami pewaris generasi baru ini mula meneroka kembali Dusun yang telah 20 tahun ditinggalkan tidak berjaga.
Rupanya Dusun Warisan ini bukan sebarangan Dusun, ianya penuh dengan Khazanah yang berbentuk puzzle yang perlu diselesaikan. Hanya orang yang tahu menilai dan menghargai sahaja yang akan berjumpa dengan Khazanah yang berharga ini buat generasi akan datang.
Puzzle? Misteri? Khazanah? yang pertama kami temui ialah setiap satu pokok Durian yang ada di Dusun ExoThick ini varietinya berbeza.
Team Dusun ExoThick mula meneroka Dusun ini pada 4/7/2021 setelah 20 tahun tidak berjaga dan ditakdirkan ianya adalah pada Musim Buah tahun 2021.
Team mengambil keputusan untuk menerangkan Dusun dan mengutip hasil yang ada. Kiraan secara kasar Pokok Durian yang ada dalam Dusun seluas 3.2 ekar adalah lebih kurang 100 pokok.
Ini merupakan satu kejutan bagi Team dan ada beberapa pokok durian yang berbuah. Jadi bagi kali pertama kami mengusahakannya kami telah dapat mengenal pasti 7 ke 10 varieti yang ada di dalam Dusun ExoThick.
Antaranya Durian Rabung Emas. Kami memberikan nama ini kerana di atas pangsanya ada kelihatan seperti Rabung dan berwarna keemasan. Ciri ciri Rabung Emas ini sangat hampir dengan varieti Tekka
Isinya berwarna krim kekuningan, tebal dan teksturnya halus pekat, manakala rasanya lemak manis, pahit dan bergas. Aromanya juga kuat, ulasnya besar dan empulurnya berongga, manakala kulitnya tipis dan mudah dikupas. Buah bagi varieti ini lazimnya bersaiz besar, bujur panjang dimana antara ciri khas adalah terdapat ruangan di tengah-tengah pangsa berwarna oren. Isinya yang berwarna kuning oren memang menarik dengan mempunyai rasa sedikit pahit dan lemak.
Durian Rabung Emas ini adalah varieti yang Premium | Organic | Rare | Limited kerana sukar ditemui, Kuality buah yang sangat baik kerana dihasilkan oleh pokok tua yang berusia 70 tahun.
Ciri bentuk mukabumi yang berbukit dan berbatu serta tanah yang subur dan bermineral tinggi.
Juga ditanam dari biji benih yang terpilih oleh Muhammad Shariff Bin Salleh .
Kami menjamin kuality Durian Rabung Emas ini.
Reviews
There are no reviews yet.