Set Ramadhan – 3pcs Wan Raub Sambal Hitam

RM45.00

Wan Raub Sambal Itam ialah sambal tradisi Pahang yang diwarisi daripada Wan, Mak Saudara dan Ibu. Setiap kali pulang ke kampung, sambal ini sentiasa menjadi hidangan wajib di rumah Wan di Raub. Dari situlah bermulanya pembelajaran tentang bahan, teknik dan cara sebenar menyediakan Sambal Itam warisan keluarga.
Kini, resipi dan pengalaman tersebut diterjemahkan dalam bentuk produk Wan Raub Sambal Itam, untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengubah keaslian rasa asal.

Bahan-bahan Utama

  •  Belimbing rebus
  • Ikan bilis
  • Bawang merah
  • Cili padi

Keistimewaan Rasa
Rasa Wan Raub Sambal Itam yang enak dan unik terhasil daripada gabungan empat bahan utama sahaja, tanpa sebarang penambahan yang tidak perlu.

❌ Tiada bahan perasa
❌ Tiada gula
❌ Tiada asam jawa atau kepingan

Cara Penyimpanan

  • Jika belum dibuka, elakkan daripada terdedah kepada suhu panas.
  • Setelah dibuka, gunakan sudu yang bersih dan simpan di dalam peti sejuk.
  • Boleh juga disimpan pada suhu bilik bergantung kepada cara penggunaan dan penyimpanan.

Maklumat Produk

  • Produk Muslim
  • Diproses secara halal dan bersih
  • Negara pembuat: Malaysia
  • Tarikh luput: 1 tahun (Shelf Life)
  • Sesuai dijadikan hadiah atau buah tangan untuk keluarga dan sahabat.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Set Ramadhan – 3pcs Wan Raub Sambal Hitam”

Your email address will not be published. Required fields are marked *