Sale!

(Pre Order) Durian Capri Susu Premium Organik (LC/Box)

RM100.00RM650.00

Durian Capri Susu ini adalah varieti yang Premium | Organic | Rare | Limited kerana sukar ditemui, kualiti buah yang sangat baik kerana dihasilkan oleh pokok tua yang berusia 70 tahun.

Ciri bentuk mukabumi yang berbukit dan berbatu serta tanah yang subur dan bermineral tinggi.

Juga ditanam dari biji benih yang terpilih oleh Hj Muhammad Shariff Bin Salleh.

Kami menjamin kualiti Durian Capri Susu ini.

Clear

Bermulanya apabila kami mula mengusahakan kembali warisan Dusun ExoThick ini daripada Hj Muhammad Shariff Bin Salleh.

Beliau telah mengusahakannya 70 tahun yang lalu. Kami pewaris generasi baru ini mula meneroka kembali Dusun yang telah 20 tahun ditinggalkan tidak berjaga.

Rupanya Dusun Warisan ini bukan sebarangan Dusun, ianya penuh dengan Khazanah yang berbentuk puzzle yang perlu diselesaikan. Hanya orang yang tahu menilai dan menghargai sahaja yang akan berjumpa dengan Khazanah yang berharga ini buat generasi akan datang.

Puzzle? Misteri? Khazanah? yang pertama kami temui ialah setiap satu pokok Durian yang ada di Dusun ExoThick ini varietinya berbeza.

Team Dusun ExoThick mula meneroka Dusun ini pada 4/7/2021 setelah 20 tahun tidak berjaga dan ditakdirkan ianya adalah pada Musim Buah tahun 2021.

Team mengambil keputusan untuk menerangkan Dusun dan mengutip hasil yang ada. Kiraan secara kasar Pokok Durian yang ada dalam Dusun seluas 3.2 ekar adalah lebih kurang 100 pokok.

Ini merupakan satu kejutan bagi Team dan ada beberapa pokok durian yang berbuah. Jadi bagi kali pertama kami mengusahakannya kami telah dapat mengenal pasti 7 ke 10 varieti yang ada di dalam Dusun ExoThick.

Antaranya Durian Capri Susu. Kami memberikan nama ini kerana rasanya seperti susu lemak pekat manis. Ciri ciri Durian Susu ini sangat hampir dengan varieti Durian Telur Buaya kerana ia bersaiz kecil.

Isinya berwarna krim putih kekuningan, separa tebal dan teksturnya halus pekat, manakala rasanya lemak manis dan sedikit pahit . Aromanya juga kuat, ulasnya tidak besar dan empulurnya berongga, manakala kulit­nya sederhana tebal dan mudah dikupas. Buah bagi varieti ini lazimnya bersaiz kecil, bulat dimana antara ciri khas adalah setiap pangsa mempunyai 1 ulas yang di namakan ‘kucing tidur’ . Isinya yang berwarna putih kuning susu memang menarik dengan mempunyai rasa sedikit pahit dan lemak.

Durian Capri Susu ini adalah varieti yang Premium | Organic | Rare 

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “(Pre Order) Durian Capri Susu Premium Organik (LC/Box)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *