(Pre Order) The Rock Mangosteens Premium Box (5kg)
RM65.00
MANGGIS (Garcinia mangostana) merupakan sajenis buah-buahan tropika dari keluarga Clusiaceae yang dipercayai berasal dari negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan sebagainya. Di Malaysia tanaman manggis diusahakan secara tradisional semenjak dahulu dan ditanam bercampur dengan durian, rambutan, duku dan pokok dusun lain.
Di Malaysia hanya ada 3 varieti manggis yang dikenalpasti iaitu GA1 (Manggis tanpa biji), GA2 (Mesta) dan satu lagi varieti yang masih belum didaftarkan dipanggil sebagai ‘Manggis Tempatan’.
Dusun ExoThick adalah dari varieti Manggis Tempatan yang ditanam di Tanah berbukit dan berbatu yang bermineral tinggi.
19 in stock
MANGGIS (Garcinia mangostana) merupakan sajenis buah-buahan tropika dari keluarga Clusiaceae yang dipercayai berasal dari negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan sebagainya. Di Malaysia tanaman manggis diusahakan secara tradisional semenjak dahulu dan ditanam bercampur dengan durian, rambutan, duku dan pokok dusun lain.
Manggis ialah sejenis tumbuhan saka yang tumbuh dengan lambat dan melalui tempoh produktif yang lama.
Pokok manggis yang ditanam daripada biji biasanya mula berbuah ketika berumur 8 tahun, tetapi pokok-pokok yang dijaga dengan rapi mula berbuah 5-6 tahun selepas ditanam.
Pokok manggis yang matang mampu berbuah antara 100 – 3,000 biji bergantung kepada penjagaan dan umur pokok. Biasanya pokok manggis berbuah selepas musim hujan.
Buah manggis yang masak dikenali dengan warna ungu gelap dan di kutip samada mengutip dengan tangan semasa panjat pokok atau gunakan galah panjang yang ada karung penampan buah. Buah manggis yang jatuh ketanah akan pecah dan rosak dan mudah busuk.
Di Malaysia hanya ada 3 varieti manggis yang dikenalpasti iaitu GA1 (Manggis tanpa biji), GA2 (Mesta) dan satu lagi varieti yang masih belum didaftarkan dipanggil sebagai ‘Manggis Tempatan’.
Manggis Dusun ExoThick adalah dari varieti Manggis Tempatan yang ditanam di Tanah berbukit dan berbatu yang bermineral tinggi.
Pokok di Dusun ExoThick juga kesemuanya adalah Premium & Organic. Teknik mengambil buah juga kami lakukan secara manual kerana untuk memastikan hanya buah manggis yang masak sahaja akan dipetik.
Reviews
There are no reviews yet.